Sunday, December 5, 2010

Mimpi..

Hari semalam aku pergi kenduri.. nampak sahaja katil aku terus tidur...tersangat penat.. kira-kira pukul 8:30 p.m.. tiba-tiba.. jeng3...

aku tersedar.. dimanakah aku??.. aku melihat sebuah bangunan yang layak dipanggil istana Melaka.. whoa!! sangat cantik.. ketika itu aku sedang baring.. aku pun menarik selimut ketepi dan berdiri (BARING KAT LANTAI JERR) aku mendapati ada lebih kurang 6 orang lelaki yang memakai serban dan berjubah!!..(hensem-hensem pulakk) aku pun mengajukan pertanyaan kepada seorang lelaki yang lagaknya seperti ketua (paling hensem, paling tinggi)

"aku kat mane?" tanya aku..
"awak berada di tahfiz.." jawab lelaki itu..
"awak terlibat dalam kemalangan" sambung lelaki di sebelahnya..
"kenapa berada di sini.. bukan sepatutnya di hospital??" tanya ku lagi..
"kami jumpa awak di tepi jalan.. ketika itu awak cedera parah. kaki awak patah.." kata lelaki itu memerihalkan suasana..

tiba-tiba.. seorang lelaki yang lebih kurang belasan tahun(yang pastinya lagi tua dari aku) keluar dari sebuah bilik.. Ya, lelaki itu Justin Bieber.. lelaki yang lagak ketua tadi memberitahu aku bahawa JB tu pelajar yang paling bermasaalah.. ketika itu, JB juga berjubah dan berserban.. lelaki tadi menyuruh aku berehat. tetapi..

"kalau saya patah kaki.. kenapa saya boleh berdiri?? dah berapa minggu saya kemalangan?? mana keluarga saya?? kenapa saya tidak di hospital??" tanya ku bertubi-tubi..
"Ya, kaki awak memang patah. tetapi kami sembuhkannya dengan izin tuhan cuma dalam 2 jam. Kami tidak pasti berapa lama awak terbaring di tepi jalan itu tetapi kami jumpa awak 2 jam 30 minit yang lalu. kami tidak tahu di mana keluarga awak berada. Kenapa kami perlu menghantar ke hospital sedangkan kami boleh merawat awak lebih baik dari hospital" terang lelaki itu panjang lebar..

tiba- aku pun rasa longlai dan pengsan.. sedar-sedar dah ada atas katil yang aku tidur pukul 8:30 p.m tu... alkisahnya!!!

*kenapa ada JB??
*siapa lelaki 6 orang tu (model perfume BOSS ke) sebab hensem sangat..

No comments:

Post a Comment